Monday, February 14, 2011

Misi bantuan Banjir Pagoh, Johor.

Alhamdullilah. selesai sudah tugas dan niat dihati untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Pagoh. Walaupun sumbangan kami para sukarelawan Usm tidaklah seberapa, namun sekurang-kurangnya dengan usaha dan tenaga yang diberikan dapatlah sedikit sebanyak membantu mereka yang mengalami kesusahan. Tahniah diucapkan kepada pihak mpp USM dan ikmar kerana berjaya bergabung tenaga mangsa-mangsa banjir ini.

Melihat bencana yang menimpa penduduk di sana, sayu di hati tak siapa pun tahu. Alhamdullilah, walaupun barang-barang mereka banyak yang rosak, namun syukurlah nyawa mereka dapat diselamatkan. Ketika ditempatkan untuk membersihkan sebuah tadika dan sekolah rendah di sana, hati saya sayu melihat nasib kanak-kanak yang bersekolah di tempat itu. Bagaimana mereka akan melalui hari-hari pembelajaran dengan keadaan yang kotor, berbau dan sangat-sangat tidak selesa. Bersyukurlah kepada mereka yang tidak ditimpa bencana ini.

Pengalaman ini juga telah banyak mengajar saya apa erti kesusahan. Ya Allah, kuatkanlah hati mereka yang telah ditimpa bencana ini. Kau berikanlah mereka ruang untuk bernafas kembali.Amin..amin ya Rabilallamin.





No comments: