Sunday, January 27, 2013

Selamat Pengantin baru siti & shah.

Assalamualaikum. 


Selamat berhujung minggu semua. Hari ni adalah hari nikmat bagi orang-orang berkerjaya. Orang seperti aku juga berkerjaya sebagai penggangur bertauliah yang masih belum berhasil mendapat pekerjaan yang selayaknya. oh ! sangat tekanan jiwa bagi soalan-soalan yang diutarakan oleh manusia-manusia yang tidak pernah fahan situasi dan persaingan yang ada hari ini. 

Tolong semua (golongan yang tak pernah faham situasi) semua itu adalah rezeki masing-masing. Cepat atau lambat semua itu kerja tuhan. Mohon pengertian !

okeoke..mari berbalik kepada tajuk entri di atas....

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, makcik sorang ni sudahhhh berkahwin.Alhamdullilahhh.
Semoga mereka berkekalan hinggalah ke akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Cerita dorang dari mula, start kenal-kenal dulu, bercinta, bergaduh,sampailahh dah kahwin semua aku tau.hahahaha..Diorang kenal sebab satu kelas LKM dulu. Shah adalah senior kitaorang yang pada mulanya aku ingat dia ni mamat skema yang bersopan santun dan serius orangnya. haaaaaaaaaaaaaaaa...jangkaan aku silap 380 darjahhhh. Setelah kenal si shah ni rupanyaaa dia lagi hantuuuuuuuuuuu dari hantuuu-hantu yang lain. Sangaaat menyimpangggg dari perlakuan yang aku jangkakan. DIA SEORANG YANG SANGAT GILA, SANGAT LASER, DAN SANGATTT TAK BETUL. sorrylah shah, aku dok kutuk hang kat sini..hahahahahha..bila lagi nak kutuk hang kan.

Alhamdullilahhh, semuanya selamat. Syukur alhamdullilahh.

Untuk kesayangan aku, selamat melayari bahtera rumahtangga yea noks. Semoga mu jadi bini yang solehah, ibu yang penyayang untuk bakal anak-anak korang nanti. Dah bertemannlah mu sekarang yea. Tinggal aku sorang-sorang. Sedihhh tau lepas ni takda sapa nak layan tingtong aku. Korang dua jea selalu layann aku punya gila yang tak ingat doniaa.huahuahuahuaaaaaaaaaaaaaaaaaarghhhhhh.

Walaupun tak berkemampuan beli tiket kapal dan pergi ke majlis diorang sebab xda keja lagi, dengan murah hatinyaaaa nyah kesayangan aku mms gambar malam nikah dia. Terima kasihhh kawan. Tahniahhhhhhh.






yang ni aku cilok dari pesbuk sedara shah kot. Sekian..orennnn gituwwkan.




Akhir kata, selamat berbahagiaa walau kedua sahabatku. Moga cinta korang sampai ke Jannah.


Tuesday, January 15, 2013

nama saya miawww.

nama saya miaw (tuan aku tak tahu nak panggil apalaa tu)
 janda anak 4 (maknanya saya kucing betina)
tapi anak-anak dah mati
sekarang janda tanpa anak
sekian.

tuan saya sangat sayangkan saya
tuan saya selalu gomol-gomol saya
teror tak saya bodek tuan saya
bagi dia gomol-gomol saya selalu
baru dia bagi makan sedap-sedap kat saya
OKBAI.

Sunday, January 13, 2013

kad pengenalan baru.

Assalammualaikum semua.


Semalam dah ambik Ic baru. Datang sharp jam 2pm. Tak ramai lagi orang yang datang. syukurlah, selamat dari menunggu giliran.haha. Bukan saja-saja pegi merajinkan diri melawat kat pejabat pendaftaran tu, tujuan aku hanya ada 2.pertama nak dapatkan pengesahan kedua nak ambik ic baruuuuuuuuuuuuuu!!! yeahhhhh, akhirnya ic kuuuu telah berganti sebanyak 2 kali. Ic umur 12 tahun hilang sebab dompet kena curi oleh pedajal, kedua kali sebab nak tukar yang barulah..hahahaha. Asyik tertangguh sajakan akhirnya dapat jugak. Sapa-sapa yang tak tukar lagi, pegilah tukar sebab khabarnya ciri keselamatan kat ic kita ni lebih hebat dari yang lama.

bayaran = rm 10


Tengok Ic lama tu, ada 2 lubangkan..haaaa, masa nak pegi ambik ic baru tu jangan lupa bawa resit dan ic lama tao. Kalau ic lama tak bawa diorang tak bagi Ic baru kita..Lepas tu mintalah balik ic lama tu, simpan buat kenang-kenangan. sekian

Sunday, January 6, 2013

AJL 27 malam ini

Lagi 3 jam nak tunggu AJL.Kejap lagi nak keluar beli kudap-kudap. Kudap-kudap is perkataan yang aku biasa dengar dari kawan-kawan aku kat Usm dulu. Orang sana panggil kudap-kudap.kat sabah ni aku tak tao panggil apa tapi makananlah yang boleh dikunyah..hahahaha. Easy way..tak payah pening-pening nak explain apa benda tu.

set reminder !

Senarai yang beraksi malam ni.

1. IDOLA ( azlan & the typewriter)

2.OMBAK RINDU ( hafiz & adira)

3.PATAH SERIBU (shila hamzah)

4.ANAK KAMPUNG ( jimmy palikat & one nation emcee)

5. ANDAIKU BERCINTA LAGI (mojo)

6.PELANGI SENJA(stacy)

7. SIMETRI(hazama & amy search)

8. TERUKIR DIBINTANG ( yuna)

9. KU AKUI(hafiz)

10. TANPAMU (amir jauhari)

11. LAGU ( bed room sentuary)

12. TEMAN PENGGANTI ( black & rj)

dan ini adalah jangkaan aku..jeng..jeng..jeng.

JUARA LAGU 27 : andaiku bercinta lagu
NAIB JUARA : ombak rindu
TEMPAT KETIGA : patah seribulah kot..hahaha.
VOKAL TERBAIK : ku akui ( HAFIZ )
PERSEMBAHAN TERBAIK : anak kampung

selamat menonton.sila sediakan kudap-kudap.sekian.
semoga tekaan aku kali ni betul.
hahahaha ! mariiiiii mandi sambil buat free show lagu nobody you ! auwwww..


Saturday, January 5, 2013

Bila fikiran melayang-layang.

Bila shampu rambut bubuh kat badan

                                                                                DAN

Bila shower shampoo bubuh di rambut

                                                                                                

Offer from GEMS

Assalamualaikum semua. 

semalam dapat email dari GEMS Secritariat yang telah mengofferkan diri ai untuk join program ni. Actually, hari tue isi form sekadar suka-suka, tetapi memandangkan diri ini masih memegang tittle jobseeker sampai sekarang, rasanya ini peluang terbaik yang ada daripada diri ai hanya membatukan diri di rumah dalam beberapa bulan ini memandangkan rezeki kerja belum ada walaupun berat hati nak pergi pun. Tak sure lagi pun sebenarnya. Ketahuilah wahai junior-juniorku dan kepada semua pemuda-pemudi warganegara Malaysia, betapa sukarnya mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan qualification yang dimiliki. Ramai kawan-aku ai yang dah bekerja dalam bidang yang bukan menjadi pilihan mereka dan langsung lari dari bidang yang dipelajari. Tolong sedar hakikat yang berlaku di Malaysia hari ini yea kawan-kawan. 

GEMS itu apa ?


GEMS adalah satu program khas yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu graduan bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kemahiran sebelum diserap di mana-mana GLC atau syarikat swasta yang telah dipilih. Actually the programme will divided into 2 parts :

part 1 - 

2 months on-site Executive Developement Programme (EDP) Training. Kemudahan tempat tinggal dan makan minum akan ditanggung. Elaun Rm500 setiap bulan akan diberi untuk participant yang join.

Part 2 -

Graduan akan ditempatkan di syarikat GLC untuk menjalani latihan dan akan diberikan elaun sebanyak RM 1000 sebulan. Tetapi accomodation and transportation have to arrange by own. If ada rezeki dan menunjukkan prestasi yang cemerlang, InsyaAllah akan terus dapat kerja dalam mana-mana GLC atau syarikat swasta yang terpilih.

Syarat permohonan :
  • Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf. Bagi yang memiliki Master dan PHD tidak layak untuk memohon.
  • Memiliki purata minima CGPA 2.5
  • Berumur 27 tahun kebawah
  • Pemohon mestilah menjalani praktikal di syarikat2 yang telah dipilih oleh pihak urusetia. 
Untuk pengetahuan semua, sekiranya masa training tu kita dapat job atau pun mendapat panggilan interview, tidak ada halangan untuk mana-mana peserta keluar dari program GEMS ni teapi kenala hantar notis pemberitahuan beberapa hari sebelum nak keluar.

Untuk graduan yang berminat nak join program ni, boleh jenguk kat website GEMS


Ini adalah offer email yang aku dapat semalam
#maaf kalau tak berapa nak faham bahasa dan ayat yang tunggang langgang. Badan xsedap, selesema..tapi tetap gigih buat entri ini.Sekian.


Friday, January 4, 2013

ketermengantukkan.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Manusia misteri.