Saturday, June 18, 2011

Nora Elena's Fever


Nora Elena...Ramai cakap best.1st 1st aku malas nak amek port, lagi pown aku duk layan cinta Melody kat Astro Ria.Tapi hati aku miang gak nak tao apa best sangat drama ni.Cinta melody biasanya abes jam 7pm, afta cinta melody baru aku pindah chanel. Then bila tengok, alahaiiiiiiii drama ni kenapa romantik sangat.Lemah aku...hahahaha.
.
.
.
.
Leading actress dia si cantik Siti Saleha
@ nora elena
pergggh, mmg kaw2 dia acting
matured sangat-sangat.

.
.
.
.
Leading actor dia si Aaron Aziz
@ Seth Tan
Aiaiaiaia, aku baru tao dia mmg lelaki sejati
romantikkkkknya kaw Aaron.
hyepp !!!


5 benda kenapa aku suka nora elena

1. Siti Saleha mmg tip top lakonan dia

2. Jalan cerita dia yang sangat dramatik. Tiap episod  mesti nak
tao apa nak jadi..

3. Sukan bila diorang bulan madu kat Cameron Highland
* sengeh-sengeh sorang *

4. Aaron Aziz mmg romantik kaw2..lemah wey !! lemah
untunglaaaa bini kaw kan Aaron

5. Lagu-lagu & background music yangggg...hai ! seswaiiii

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali,pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


No comments: