Wednesday, December 26, 2012

zaman kuliah dan kawan-kawan.

Assalammualaikum semua.
lagi nak tulis entri sebab kelapangan masa yang ada
memang sah-sah penggangur seperti aku takda benda/kerja pun nak buat
Rezeki kerja belum ada.
kenalah banyakkan bersabar.

Lazimnya, waktu petang-petang macam ni aku akan attend kuliah, kalau takda kuliah dah memang hobi aku untuk melenakan diri di bilik hostel yang nyaman dan damai itu. Ah ! rindunya masa belajar.adik-adik yang nak masuk universiti kena tanam azam tau dari sekarang, sumpah akak tak tipu betapa nikmatnya belajar sebagai seorang pelajar universiti.Bukan untuk bermegah atau meninggi diri tetapi itulah realitinya. Betul cakap cikgu aku kat sekolah dulu. Aku ingat lagi cikgu Bi aku pernah cakap zaman universitilah zaman yang paling enjoy sekali.tak perlu fikir pasal duit, pasal kerja..hanya belajar elok-elok dan dapatkan result terbaik untuk bekalan cari keja nanti. yeah ! this is a reality. Satu nikmat bila kita dapat berkongsi ilmu dengan pensyarah, dengan rakan-rakan dengan tutor yang semuanya baik-baik belaka. Perkongsiaan ilmu itulah yang banyak membantu dalam mematangkan diri kita sebenarnya.

Rasa rindu bila teringatkan kuliah, walaupun tak berapa nak fokus sebab pening-pening lalat apa yang lecturer ajar kat depan.kadang-kadang lecturer aku melalut ke hal-hal lain.Erm maksud aku beralih ke cerita peribadi, cerita dalam kain..hahahaa ! itu realiti dan cerita dalam kain itu juga merupakan satu pembelajaran dan perkongsian ilmu yang sangat berguna. Bukan hanya tau nak gelak dan otak kuning.

rindu nak buat discussion dengan kawan-kawan macam manan, dona, abas, amir, wan, puad, kucing, dan semuala. sebab mereka semua ni ada cerita masing-masing.watak yang pelbagai.ahaaaaiiii. macam manan, aku suka buat group discussion dengan dia sebab dia advance boleh kongsi apa juga cerita, masalah dan jenis tutup mulut tak suka aib orang sana sini. aku bangga ada kawan macam manan yang pada aku dia terlalu baik. 

 ini kawan-kawan kuliah yang selalu sama-masa.
major kami sama.sains politik. 
 
masa kelas dr zam..last class i remembered !
 masa pimpin siswa.kira kenalan awal masa kat usm
siti, shya, aku kak ila.kak ila dah kawin.yang siti hujung sana tu bakal berkahwin.
aku dan shya masih bujang tapi sudah berpunya.sekian. 
 ni pun kawan-kawan sains politik.
yg kiri itu mira, sha panggil dia kucing pun boleh, ika, aku dan dona. 
masa kat UM untuk gerakusahawan IPT. selendang pink tu ex rumet aku status ragu2. yang kecik molek tu pida namanya.


ni rumet aku.2 tahun duduk sama-sama. aku selalu marah dia.tapi dia selalu tabah tinggal dengan singa ini.

 cik ida mulut dia akan bebel 24jam non-stop.tapi aku suka dengan dia sebab dia gelak besar macam aku..haip ! tak senonoh betul.
 
dedon dan siti.Ai tengah-tengah
ni bff aku kat usm.semua perangai aku dia tahu.kalau dia dating pun masih dibenarkan bawa aku.hahaha. bakal laki dia pun mereng macam dia, sama gila macam kami dua.sekian.

 banyak lagi gambar yang rasa-rasa nak upload semua sebab dah telampau rindu.tapi malas.sekian!


No comments: