Sunday, October 28, 2012

Filem aku terima nikahnya

Overall aku boleh letak 3/10 sahaja cerita ni. Masa tengok trailer bukan main excited nak tengok..tapi inilah yang mampu aku ulas.


Masa tengok dengan Dona hari tu memang rasa xda feeling, tak tao pasal apa.sebab bukan tengok dengan Encik Ee kot ( hahaha, mengada ko). Tapi rasanya kalau aku ajak dia tengok cerita ni pun confirm dia bosan.Keadaan diselamatkan dengan kecumellan Nora Danish dengan kasut, baju, mini cooper dia, serta handbagssss dia dalam film ni..Dia gorgeousss weh ! suara dia xmacam mak-mak okeyhhh. suka dia. Adi Putra dia belakon oke, tapi xtao pasal apa aku xboleh nak feeling masa tengok cerita ni..pompuan sebelah aku dengan geng-geng dia bukan main melalak feeling habisss tengok cerita ni..setiap babak diorang komen..hahaha..aku dengan Don tao gelak ja tengok gaya diorang..hehehe..(tak rugi diorang bayar tiket wayang, sebab sangat2la menghayati).

Sinopsis:

Adi Putra(Johan) dan Nora Danish(Arlisa) ni pasangan suami isteri. Masa lepas kahwin tu sangat-sangatla romantik, kira sweet couplela..sampai satu hari si Johan ni accident then doktor sahkan dia dapat Selective Amnesia yang mana Johan hanya dapat ingat perkara-perkara masa umur dia 31 tahun sahaja iaitu 2 tahun sebelum dia kenal Arlisa. Bila Johan dah sedar dia langsung tak ingat siapa si Arlisa, bini dia sendiri..take time jugalah Arlisa cuba pulihkan ingatan Johan tapi tak juga berjaya, sampaikan satu tahap Arlisa memang dah give up...Muncul pulak Mon Ryanti (Suriya) kawan Arlisa yang makin memburukkan keadaan hubungan diorang suami isteri walhal niat si Suriya ni baik cuma nak tolong diorang..haaa, kat sinilah yang macam-macam jadi..tapi ending of this movie Johan dapat ingat balik then diorang hidup bahagia..(aku dah cukup2 ringkaskan dah)

Tapi bila tengok lakonan-lakonan Nora Danish lebih kurang ja watak-watak yang dia bawa..macam :


Tentang Dia
Jujur aku Dayus

tapi 2 cerita ni memang aku feeling abes tengok.taktao pasal apa dengan aku terima nikahnya ni xda feel sangat, sebab keadaan aku masa tu kot yang duk ingat interview esok harinya..xtaola.

#Lawaklah tengok budak-budak zaman ni masuk panggung, rambut mohawk gila pacak17inci tinggi, seluar ketat bukan main, tapi tengok cerita aku terima nikahnya#

No comments: