Saturday, October 27, 2012

Salam Eiduladha 2012

Assalammualaikum. Salam EidulAdha semua. Masih dalam mood raya lagikan, kihkihkih..korang korban apa tahun ni ?? tak kiralah korban apa pun yang penting hati ikhlas memberi.Setujukan. setakat umur saya 23 tahun ni, masih belum berkesempatan melakukan ibadah korban. InsyaAllah ada rezeki nanti terlaksana juga korban untuk raya akan datang. Doa-doakanla ya. Sambutan raya kurban saya dan keluarga lazimnya tidaklah semeriah dan sebesar mana.Sambutan ala kadar sahaja berbanding dengan sambutan untuk Hari Raya Puasa. Tapi tak kiralah sebesar mana sambutan atau semeriah mana sambutan yang diraikan yang penting kewajipan saya dan keluarga untuk meraikan hari-hari kebesaran Islam. Raya tahun ni kami sekeluarga balik kampung belah bapa di Bongawan. Tahun ni kami beraya haji dengan keluarga pakcik Suhaimi dan makcik Normah. yang lain masing-masing dengan keluarga belah mertua dan tak tahu hilang ke mana. Tak kisahlah raya mana-mana yang penting semua faham dan menghayati makna raya kurban itu. 

Sampai kampung ja, tengok2 macik dan pacik umi sudah sampai ( ada kelegaan di situ ) sebabnya tak payah bersakit-sakit pinggul dan belakang mengemas rumah.nasib diorangla sampai awal, sebab biasa memang turn kuu dan adik-adik yang kena mengemas rumah atok. Malam tu semua wanita (wajib) bergotong-royong (memang kena dengan aku lagila sepa buat hal kali ni) tapi nasib baik sebab ada yang beraya tempat lain..masing-masing kupas halia, potong serai, lengkuas, basuh itu ini, blend bahan itu bahan ini...bla2 semua bahan masakan...yang ibu-ibu (mama ain + mama saya) masing-masing buat ayam masak merah + kuah kacang..

Esok paginya, mama masak mee kari untuk juadah raya pagi tu..makcik Ida dengan nenek sudah siap-siap buat lamban..juadah lain ada kek moist coklat, lemang dan lain-lain. Simple kan. Sebab kalau raya kurban biasanya orang-orang Bugis yang akan sambut secara besar-besaran.Merasalah juga ayam masak lengkuas dan burasa pemberian kawan-kawan yang berbangsa bugis. Ayam masak lengkuas memang sedap..nyummy ! itu sahaja entri raya kurban saya. selamat berhari raya semua :) 



No comments: