Tuesday, October 30, 2012

mandi malam : mana yang lebihnya, baik ke buruk ?

yeah, malam ni jari jemariku aktif menaip dalam blog setelah hati cedera parah bila dapat tahu status akaun nuffnang bertukar dari glitterari kepada non-glitterari.Terima kasihla nuffnang, ko memang sangat kejam dengan aku. Sudah aku tidak mahu mempersoalkan tentang kekejaman nuffnang kepada diri yang serba kerdil ini, memang silap sendiri yang malas mengupdate entri-entri baru. Sebab kekecewaan ini membangkitkan semangat untuk menaip entri baru tambahan pula kulit yang serba mulus menggunakan Johnson's baby milk lotion yang ku sapu serata kulitku..ya, mari bangkit dengan semangat..

Tadi masa mandi tiba-tiba muncul idea mahu menulis sesuatu tentang kesan mandi malam, apatah lagi bila mengingatkan bait-bait perbualan makcik Ida di dapur masa sibuk menyiapkan juadah raya kurban 2 3 hari lepas..

" aku tengok WHI hari tu bincang pasal mandi malam, bukan juga penyebab sakit tulang bha tu..doktor tu cuma cakap mandi malam ni sebagai mitos sebab orang dulu-dulukan mandi luar rumah, perigi ( telaga ) pun jauh, tambahan pula tiada karen ( eletrik ) "

ada betulnya apa yang makcik aku sorang ni cakap..bapa aku pun selalu bising sebab anak dara dia yang sulung ni memang kerap mandi malam..bukan apa untuk bagi keselesaan semasa tidur tambahan pula dengan bau wangi-wangiankan..sedap dan lenala tidur kau nyah..masa di universiti dulu pun boleh dikatakan kerap kali aku mandi malam..aku jenis yang tak suka benda-benda melekit, bau dan berpeluh..for sure tidur aku tak lena dan menyebabkan aku kepanasan malam-malam buta. sebab itu aku lebih suka mandi malam sebab peluh takda ( ceh! )..mandi malam juga boleh menghilangkan tekanan dan dapat menyegarkan badan selain dapat menghilangkan daki-daki yang melekit itu..

Adakah ia sekadar mitos atau memang membawa penyakit? mari sama-sama kita siasat....

berdasarkan bacaan dan rujukan yang aku buat, bolehlah diringkaskan mandi malam ni lebih banyak kebaikannya berbanding keburukan..

  • boleh menghilangkan stress
  • boleh menghilangkan bau badan
  • memberi kesegaran
  • mengelakkan penyakit ekzema ( penyakit kulit )
  • kalau mandi dengan air suam boleh membuka liang-liang roma badan seterusnya menghilangkan toksin
  • mandian air suam juga boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik
  • membantu untuk tidur lena dan dapat mengurangkan insomnia ( gejala susah tidur )
di hospital misalannya, pesakit yang mampu untuk berdiri dan berjalan digalakkan untuk mandi bagi memberi kesegaran kepada mereka..cuba bayangkan anda sakit dan terlantar 2 3 hari di atas katil dengan keadaan tidak mandi selama waktu sakit itu, adakah anda merasa bertambah sakit atau sebaliknya ? ini bukan karutan aku taoo, sebab aku sendiri telah guna teori mandi untuk kesegaran waktu sakit dan hasilnya aku kembali sihat selepas mandi..itu terbukti ya kawan-kawan.

bagi aku memang sudah tidak relevan lagi pada zaman sekarang yang mana terdapat kenyataan bahawa mandi malam itu bahaya dan memudaratkan kesihatan. Dengan keadaan kita sehari-hari yang bekerja hingga lewat malam atau melakukan apa juga aktiviti tidak kira waktu adalah wajar untuk kita mandi walaupun sudah lewat malam.

oleh itu, nasihat aku untuk golongan-golongan yang malas menyentuh air, basahilah tubuh anda dengan air kerana aku percaya ia akan memberi kesegaran dan menyuntik rasa keyakinan yang membolehkan anda menghasilkan produktiviti terbaik...jadi jangan malas untuk mandi walau dalam keadaan letih sekali pun.

#sila pergi mandi mana-mana individu yang tak mandi sejak 3 hari lepas, utamakan kualiti diri anda.sekian#

No comments: