Monday, November 5, 2012

Halia & daun sup my super pembuka selera.

Assalammualaikum semua..baru pagi buta ni berkesempatan menulis entri baru, sebabnya gigih dari pagi sampailah ke malam mencari-cari peluang pekerjaan di merata medium..entahlah rezeki belum ada lagi kot.Doa-doakanlah supaya aku mampu bekerja dengan waktu yang lebih cepat disebabkan keterbosanan yang melampau menjadi orang yang tidak produktif walaupun berada di mahligai sendiri..

hahahahaha..mari ceriakan diri sendiri. ketawa, senyum sorang-sorang depan laptop macam orang tak betul.motif untuk menguatkan semangat yang agak goyah ini. 

Baiklah, mari kita menyembang pasal tajuk entri di atas..semenjak jadi penggangur bertauliah ni tak banyak benda yang mampu aku lakukan..aku jenis suka lepak kat rumah tengok tv sepuas hati sebagai balas dendam 3 tahun aku belajar..haha ! dendam kesumat tu..tak la gurau saja..aku suka masak..masak bagi makan mak ayah dan adik-adik aku..ada kepuasan di situ bila aku masak orang makan, maknanya makanan aku masak tu sedaplah..hahaha( maaf, masuk bakul angkat sendiri)..

Bila aku masak, aku suka 2 bahan ni..favourite sangat-sangat. pertama daun sup, keduanya halia..alasan utama aku suka 2 bahan ni sedap wangi..kedua peransang dan pembuka selera..setiap masakan aku, aku akan bubuh 2 benda ni..:)

kalau nak tau, halia dan daun sup ni banyak khasiatnya, memang tak rugi kalau bubuh dua jenis bahan ni dalam masakan anda. Tak percaya sila cuba dan praktikkan bila anda memasak nanti ya.

HALIA
yeah ! halia sangat wangi..sangat pandai memujuk dalam masakan.peransang selera gitu..
khasiat halia ni pelbagai, tapi setahu aku halia ni memang bagus untuk orang-orang yang ada masalah penghadaman..ingat ye korang, masalah penghadaman..Kalau kita ambik dan amalkan makan atau minum halia ni akan membantu kita meransang kalenjer pencernaan tao tao kawan-kawan..you see halia punya khasiat. Baguskan halia. Satu lagi khasiat halia ni ialah membantu untuk menghilangkan bau mulut.So, siapa-siapa yang ada interview job tu pagi-pagi minum segelas air halia, InsyaAllah, keyakinan anda akan bertambah..tapi kalau nak mengilangkan busuk hati tu tak taola pula apa petuanya. Busuk hati macam tett.


DAUN SUP
 HAAA..yang ni pun peransang selera paling favourite. tak tao pasal apa aku suka dengan dia. tapi kalau nak senaraikan salah satu sebab ialah daun ni sedap baunya. Biasanya aku guna daun sup ni kalau masak sup, ramuan sup paling utama.. wahhh selera kau ! tapi sumpah daun sup ni memang baik untuk kesihatan u olls..Kebaikan daun sup yang membuat aku jatuh cinta dengannya sebab daun sup boleh membantu kita untuk merawat buah pinggang kita tao tao...Cuba flash back balik makanan yang hari-hari kita makan tu, semuanya mengandungi garamkan..kau makan garam sebutir, 2  butir atau 10 butir sahaja kaaa ?? kalau kau cakap depan-depan dengan aku macam tu aku lempang kau laju-laju..nampak sangat menipunya.. kau makan keropok tu takda garam kaaa haa?? dia punya MSG kau ada check ?? takda kan..main bantai saja makan..janji sedap. so untuk menyelamatkan buah pinggang kita dari rosak dan tak mampu untuk diselamatkan, cuba-cubalah minum air rebusan daun sup ni..amalkan selalu..kalau malas-malas pun kena buat juga..kalau tak mampu teguk 7 kali seminggu, 3 kali seminggu pun xpe..janji mencuba dan kemudian praktikkan. InsyaAllah, kita sebenarnya membantu diri sendiri dari masalah-masalah kesihatan yang kronik.

No comments: