Monday, November 5, 2012

Asyik demam

 Assalammualaikum semua. Dengan panas badan beserta hidung tersumbat, kesukaran bernafas, dan batuk yang perit ku gagahkan juga menulis entri ini. Semalam aku demam lagi. Bulan lepas dah demam..demam panas pulak tu. Demam kali ni beserta selsema dan batuk..demam hari tu selsema dan batuk tak ada..boleh pulak demam kali ni aku dapat virus-virus jahat ini. Tapi, demam kali ni taklah seteruk demam aku yang lepas sampai nak bangkit dari tidur pun tak larat. Tapi perlu diingatkan pada diri sendiri bahawa sakit yang aku tanggung itu adalah merupakan penghapus dosa-dosa kecil sebenarnya. 

Kalau kita jatuh sakit jangan sekali kita mengeluh apatah lagi merungut yang bukan-bukan.
tao taoo semua
sakit demam itu baik sebenarnya
 membantu untuk meningkatkan antibodi badan kita


Tapi part paling tak tahan bila tekak membengkak
ya Allah, peritnya ko sorang je yang tahu
kena minum air banyak banyak
(bila minum air banyak ni kekerapan ke toilet tak payah nak cakap, selang 10 minit kena masuk toilet....itu bagus sebenarnya )
tips melegakan batuk, cuba minum air dicampurkan madu dan perah dengan limau nipis/ kasturi...InsyaAllah dapat melegakan
aku dah cuba semalam dan kesannya memang menakjubkan
batuk dan sakit tekak aku dah agak okey

DOAKAN SAYA SUPAYA CEPAT SEMBUH 

No comments: