Wednesday, November 7, 2012

kenapa perlu hina pekerjaan orang

Assalamualaikum semua.
Alhamdullilah, yeaaahhh bebas dari demam
tapi masih batuk-batuk lagi.
doakan supaya sembuh sepenuhnya yea.
tadi check status nuffnang
guess what?
nuffnang dah tukar balik status dari non-glitterati kepada glitterati
payah gilaaa nak naipnya.
nak taip glitter glitter jela bole?
hahahaha..
jangan nuffnang marah kang.
.
.
.
berbalik kepada tajuk entri aku ni
 ada cerita yang nak dikongsikan bersama
sebenarnya ni pengalaman bapa aku sendiri nampak seorang hamba Allah yang terang menerang menghina makhluk tuhan yang satu ini 
hina sangat ke pekerjaan sebagai pelayan restoran ?
hina sangat ke dia sampai dimalukan di depan orang ramai ?
hina ke ?
itu persoalannya
siapa kau nak menghukum makhluk tuhan yang mencari rezeki itu ?
hanya kerana pangkat " kau " lebih sikit dari dia
dan status kau yang bekerja gah sikit dari hamba yang kau hina itu
walhal perangai sebenar kau lebih hina sehina hinanya
.
.
ada seorang pakcik ni yang aku dan family memang cukup kenal perangai hantu dia
macam-macam cerita aku dengar
gaya memang berlagak
berlagak macam tokey tokey kayu balak yang untung berjuta-juta
sebab pelayan restoran tu pulangkan duit kertas yang tak tao berapa nilainya dalam keadaan koyak
dia sound direct depan orang sekeliling dalam restoran tu
bukan silap pelayan itu pada aku
silap tukang jaga duit yang sesuka hati bagi duit koyak dekat pelanggan dia
kau marahlah cashier tu
buat apa nak marah pelayan yang tugas dia hanya hantar dan kutip balik gelas lepas minum

' kau tu makan gaji seja kerja di sini '

Memang biadap kata-kata orang tua ni
sesiapa yang dengar pun pasti berdesing telinga
janganlah itu macam pakcik
jangan hina sebab dia kerja macam tu
at least dia bekerja cari duit untuk anak-anak dia makan
mungkin untuk sara mak ayah dia
atau mungkin untuk keperluan sendiri dia
bukan macam pakcik yang hanya tahu menghina orang sesuka hati
pakcik kena cermin diri sendiri
jangan asyik makan gaji buta je.

sekian.
 

No comments: