Sunday, December 9, 2012

HARIMAU MALAYA tetap menjadi pojaan hatiku

Assalammualaikum....
mesti orang lain dah tidurkan, aku masih lagi mengadap buah hati pengarang jantung aku ni. Memang tak dapat nak tidurlah masa-masa camni sebab banyak sangat nak difikirkan, masalah itu masalah ini masalah dunia lagi, tak akan habislah. Lagi satu sebab runsing gila nak tunggu keputusan temuduga hari tu..minta-mintalah aku dan cik Dedon berjaya dalam interview hari tu, kalau tak masak aku sebab memang eksaited sangat dah nak kerja. Dah cukup sangat masa aku merasa jadi penggangur yang teramat berhormat.

Malam tadi bola lagi, sekarangkan musim gila bola. Aku bukanlah peminat tegar bola sepak. World cup aku tak tengok pun. Sangat kemelayuannnnkan aku..aku cuma tengok bila harimau malaya start mengaum saja.hahahaha....semangat patriotik aku sangat tinggikan..kau ada macam tuuuuuu?? hahaha..layan sangatlahhh MU, chelsea bagai...aku bukan peminat tegar bola sepak.sekian tolong faham.

Tapi untuk AFF Suzuki cup 2012 sokongan penuh dan secara berkobar-kobarnya aku bagi untuk MALAYSIA.semogaaa malaysia menang dan berjaya ke final.Hoooooooyeahhhhhhh!!!


# tadi seri dengan Thailand 1-1 .mak aku punyalah kuat sorak kat rumah tadi.mak aku pun penyokong setia harimau malaya jugak tau.favourite player mama ialah encik kunalan sebab dia lari laju sepantas kilat.13 disember 2012 ni lawan balik dengan Thailand.Semoga team Malaysia berjaya dengan gagahnya di tempat si gajah putih.

No comments: