petang tadi agenda mengambil petai oleh kroni-kroni paky berjaya jugak. siapa paky? paky tu adik bongsu aku yang sangat perasan john cena sebab suka buat aku sebagai ujikaji kekebalan tangan dia ? dia suka cubit dan pukul-pukul manja kat aku sebab aku selalu pegang perut dia yang macam
hehehehehe
alkisahnyaaa, halaman rumah aku ni ada pokok petai yang ranum bila dah berbuah.elok ja sejak kami start tinggal rumah ni. Auntie jual kelapa (bekas jiran) cakap kat mama, dulu sebelum kitaorang belum pindah kat rumah sekarang ni, pokok tu dah nak hampir mati, memang dah tak berbuah. Lepas kitaorang pindah sini, parents aku memang suka bagi asap-asap kat halaman rumah sebab nak menghalau nyamuk kata mereka. selalunya mama akan bakar rumput kering kat bawah pokok petai tu. Tak lama kemudian elok ja dia berbuah. Banyak pulak tu. Bila aku tanya, mama cakap kalau pokok yang nak mati kena selalu bagi asap-asap supaya tak jadi mati..hehehe.itu petua mama aku yang aku kira sangat logik sebab jadi depan mata.
Semalam bapa aku dah pesan kat paky supaya ambik bambu kat belakang rumah apis sebab memang banyak kat area situ. Sekali nak diadikan cerita paky bawa pulang bambu yang tak berapa nak kuat..agak uzur walaupun kepanjangan bambu itu sememangnya menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Bila dah start nak jolok, prakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!
eh bunyi apa tu??
sapaaa kentut??
tak senonohlaaaaaah...
.
.
.
.
.
.
HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
bambu yang budak-budak ni ambik dah patah 3.hahaha.lawak pun ada, beria betullah budak2 tingkatan satu ni pegi cari bawa balik rumah aku, sekali nak pegi ambik, prakkk patah.macamanaaaaa?
nasib baik ada kawan paky yang memang kaki panjat pokok.budak-budak ni cakap dah memang hobi dia panjat pokok..grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! adik, pokok petai tu tinggi, kalau jatuhhhhh mataiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.aku dan mama tak mau ambik risiko. kalau anak imam ni jatuh macamana ? kan kena menjawab kat bapa dia.hehehe
Tapi budak ni yakinkan kat mama dia boleh panjat pokok petai tu dengan kacangnya. dia siap cakap pokok petai tu tak tinggi mana..mama pun ok, benarkan..
tak sampai 10 kaki pun budak ni dah dapat petik(erm petik?okelah agak sesuai), maaf bm aku spm dapat A2 sajaaaa..punyalah banyak.mama suruh dia stop sebab takut budak ni jatuh.nayaaa kalau dia jatuh.lagi pun dah banyak sangat petai dia petik.huahuahua.kenyang petailaaa kami semua bulan ni..oh! kegemaran tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
.
.
.
.
.
.
.
mama bagi budak-budak ni petai suruh bawa pulang.tapi sorang-sorang taknak.
baiknya budak-budak ni bagi akak melahap sorang-sorang.bagi akak yang comel ini pegang tittlee ratu petai untuk seminguuuuu..haaaa?motippppppppp
YA AKU MEMANG HANTU PETAI YANG TEGAR
acara kopek-mengopek petai2 itu mama dan aku buat.dapat jugakla seraga.huh! confirm bau petai toilet kami seminggu ni..hahaha.tapi tak kisahh.yang penting makan petai bagus untuk kesihatan, untuk cuci buah pinggang kau yang penuh dengan toksik ituuuuuu..pleasseeee nyah kau toksik !
tuuuuuudia bukti aku nak tunjuk.duduk elok diam2 saja petai-petai ni.
esok aku masak sambal petai udang.oh nyummmm2.
# sapa nak makan petai sila datang rumah aku dan petik sendiri.memang terbaik dari ladang :)
No comments:
Post a Comment