Showing posts with label Luahan hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan hati. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

potong Q.

                                                                                         bukan gambar sebenar..aku cilok.

Tengah hari tadi bapa aku suruh pegi bayar bil-bil bulan ni..malas gila nak keluar. Aku cakap dah bayar online sajaaaalaaaaa, tapi bapa aku dah siap letak duit atas meja suruh pegi sekarang juga.Mahu tak mahu aku kan anak yang baik dan menurut perintah, sebab aku nak syurga akhirat nanti terpaksalah ambik kunci kereta gerak ke pejabat pos, tempat paling aku tak suka pegi sebab terlalu ramai orang yang menunggu nak ambik, simpan duit. Sampai kaunter aku dah tengok crowded dengan orang..bila nak pegi ambik nombor............tengok2............mesin tu dah siap, elok ja kena tutup dengan kotak susu 
 " TUTUP"
wahwahwahwah.......baru pukul 1.36 petang abang pejabat pos takkan dah tutup mesin nombor giliran tu.

Aku tak puas hati sebab memang dah sampai elok dengan tudung bawal aku siap iron lagi semata-mata nak pegi bayar bil.kena bayar juga.tak mau buang minyak kereta semata-mata pegi ke pejabat pos dan langsung tak bagi aku pulangan walau sikit habuk pun.tak boleh jadi....

aku jumpa Sam(senior aku kat smt dulu) cakap kat dia aku nak bayar bil(muka tak puas hati)..aku cakap mesin giliran dah tutup guna kotak..hahahahaha..agaknya si sam kesian dengan aku lepas tu selamba badak dia suruh aku tunggu kejap depan kaunter dia..hahahahaha...yaaaa agak kurang ajar kat situ sebab potong Q orang..tapi tahukah anda kaunter pejabat pos telah ditutup semata-mata untuk beri layanan kepada orang-orang yang nak simpan duit ini.Ada 2 atau 3 kaunter yang ada, tapi kenapa harus bagi keutamaan  kepada orang-orang yang ini sahaja, sedangkan setiap depan kaunter dah tulis utk urusan bayaran bil, pelbagai, ASB..bla..bla..blaa....arghh!! udah tak kisah dengan semua tu yang penting bil aku kena bayar juga hari ni.Titik....

Bukan nak kondemmm pejabat pos daerah aku ni, cuma nakkan servis tu biarlah bagi kepuasan pada customer..Untuk pengetahuan anda-anda semua ASB memang ada di sini sahaja. Mau tak mau memang sesakla pejabat pos ni hari-hari....kesian kat kerani-kerani pos..sudahlah hari-hari pekerja yang sama. Rehat kejap ja lepas tu kena layan customer-customer yang datang tak putus-putus.

Aku tak kisah kalau kena jeling dengan orang-orang yang dah ada nombor.Sebab kalau tak macam tu alamatnya bil aku takkan bebayarlah, lepas tu buat 2 kali kerja pulak buat on9 banking. Dah elok-elok sampai sana kena bayar jugalah...tengok keras kepalakan aku. Cadangan aku sebagai pengguna pejabat pos setia kenalah menaikkan mutu perkhidmatan mereka supaya tak banyak rungutan dari pungguna yang rata-rata tiap kali pegi pejabat pos aku nampak mereka geleng-geleng kepala..hidup pos malaysia !


Thursday, December 20, 2012

adat melebihi nilai kemanusian

HUH  ! ya keluhan pertama yang aku tulis dalam entri kali ini. Sejak semalam lagi kata hati dan bibir aku kumat kamit memaki manusia-manusia yang langsung tidak tahu hormat orang sekeliling. Ini adalah langsung berkait rapat dengan jiran aku. Aku tak faham spesis jiran apa yang ada dalam kawasan perumahan aku ni. Heyy makcik, anda beragama Islam tapi menggalakkan saudara mara mabuk mabukkan dalam rumah anda apa kejadahhhhhhh ?? terpekik malam-malam buta, buat onar, buat drama, terhilai sana sini, langsung tidak tahu hormat orang sekeliling kau yang rata-ratanya bekerja keesokkan harinya yang perlukan rehat dan tidur yang lena. Kau pun tahu rehat yang diperlukan oleh seorang yang bekerja..opssss !! mungkin aku silap di sini sebab ofis tu kan ibarat macam BAPAK kau punya yang sesuka hati kau masuk keluar saja...* salah guna kuasa *

SUNGGUH TIDAK FAHAM JIRAN SPESIS APA INI ??

spesis jiran seperti ini tidak boleh di bagi muka ! sekali lagi, tidak boleh di bagi muka ! bagi penyepak bolehlahhhh.

Inilah yang jadi bila adat melebihi nilai kemanusiaan. Sesuka hati buat onar dalam kawasan perumahan ibarat BAPAK KETURUNAN dia yang punya.

Entri kali ini boleh mencapai darah tinggi yang kritikal.





Thursday, December 6, 2012

Jiran berlagak tak ingat duniaaa

Haaaaaaa..entri aku memang sangat tak sedaaappp bunyinya.kan...kan..kan...aku dapat jiran baru yang sombong, berlagak mau mampus..haiyaaaa,sangat tak selesa berada dalam kawasan manusia-manusia yang entah dari mana timbul dan terus datang dalam areaa perumahan aku.Sangat coy dapat jiran macam ni. Rasa tak mau tengok muka dia, rasa nak tumbuk laju-laju. Rasanya tahun ni tak berapa syoklaa kawasan perumahan aku disebabkan kehadiran jiran-jiran baru yang berlagak, xsedar diri,dan sewaktu dengannya...nasib badannnnn.

Dala baru pindah, lepas tu tak mesra alam..aku bukanlah nak diaa bermesraaa terover-over sampai tak ingat dunia, sekadar senyum pun sudah memadai. Bukan takat tegur, senyum pun punyalah susah...okaylaaa aku masih terima kau walaupunnn kau tak mesra alam. Buat hal masing-masing sudey.Janji jangan kacau keluarga aku dan jiran-jiran lain...Eh takda sudeyyyynyaaa..dia start cari pasal...start cari gaduh.Janda tua anak tetttt ni mula cari pasal..boleh pegi sound baik punya aku dengan mak masa tengah bersihkan halaman rumah sebab tak mau asap masuk rumah dia dalam keadaan biadap sekali..dengan tak bagi salam, muka kerek dengan kedut-kedut mukaa sana sini....cehhhhh...kau ingat kau muda lagi ke haaaa nenek?? TAKKKKLAAAA.Kau tu dah tua, sedarlah diri sikit..patutla laki kau tinggalkan kau sebab perangai memang macam haremmmm..aku memang dah siap siasat awal-awal janda tua ni duk mana, belaki dengan sapaaa, sejarah hidup dia yang lepas-lepas..sejarah janda tua ni memang terukk wokey.Perangai kaki itu kaki ini (ini fakta bukan auta, sumber dari orang yang boleh dipercayai dan dengan mata kepala sendiri yang nampak perihal perempuan tua ini). Janda tua ni ingat aku dengan mak nak senyap macam tu saja.silapla kau nenek tuaa.Orang lain yang duduk berkurun kat sini tak pernah bunyi apa pun, masing-masing buat hal masing-masing..Kitaorang bersihkan rumah dan halaman kami sendiri, kau sound apahaaalllll ? tak masuk asap pun rumah kau tu aku tengok..rumah macam gua berhantu adalah, takdala bersih sangat pun..longkang tepi rumahhh pun kotor juga tapi xsedar diri betul..dia tahu ke tak ntahla tujuan bakar daun-daun kering kat halaman rumah tu untuk halau nyamuk..Jiran sebelah rumah aku pun siap sokong mak dengan aku bakar dahan kering yang dah lama berlonggok kat tepi halaman, supaya nyamuk lari katanya. Lepas mak aku dengan aku serang balik janda tuaaa ni dia terus blahhhh masuk rumah..haaaa tao pun kau,yang kau tuuu sanak sedara park kereta dalam halaman rumah aku pun boleh sajaaa lagi nak kurang ajarkan sound kitaorang..Ptuihhhhh !!!

Memang tak boleh bagi muka sangat dengan orang-orang jenis macam ni, nanti makin naik kepala tau kawang-kawang semua. Memang aku tak pernah tegur pun minah tua ni..anak dia pun serupa perangai macam dia..terjerit-jerit sebab lapar, maklumlah tak masak kat rumah..jadi anak-anak pun terpaksa tahan perut. Kesian sangat tengok jenis keluarga macam ni...Mak dia tahu bergaya, keluar pegi keja ibarat ceo syarikat gah, balik keja lepas tu merayap balik ntah ke mana..sudahnyaaa anak-anak perangai ntah apa-apa.

#Jiran baik kita balas baik, jiran jahat jangan bagi muka.SEKIAN 

Thursday, November 22, 2012

Gaza bumiku, penduduknya saudaraku.

Assalammualaikum semua.
Beberapa hari ini agak busy dengan interview maktab
kalau ada rezeki dapatlah jadi cikgu yea.
usaha sudah hanya tawakal dan doa saja yang tinggal.

Di dalam kesibukan menyiapkan diri untuk temuduga dan hal-hal kekeluargaan *masih BUJANG* aku tetap mengikuti berita dan perkhabaran yang terbaru dari Gaza untuk mengikuti sejauh mana keadaan saudara-saudara seIslam kita di sana..sayu...pilu..tak mampu membayangkan keperitan, kesusahan dan kesengsaraan yang mereka lalui..ya Allah, kau kentalkan lah hati mereka, kau berikanlah perlindungan kepada mereka dari Israel laknatullah itu..kau selamatkanlah mereka ya Tuhanku. Aku tak faham kalau adalah orang Malaysia yang langsung xda rasa xda perasaan tentang kesengsaraan yang mereka alami yang buat tak tahu yang buat-buat bodoh. tak faham, tak faham!

Mungkin kita sebagai saudara seIslam di sini tak mampu pergi ke Gaza untuk berikan perlindungan tempat tinggal, makanan, ubat-ubatan kepada mereka...tapi kita masih mampu membantu mereka dengan memberi sumbangan di samping doa yang tidak putus untuk saudara-saudara kita di sana. Doakanlah agar penduduk-penduduk Gaza dapat hidup dengan tenang tanpa ada lagi serangan-serangan jahat dari zionis (gencatan senjata yang dilakukan, tak boleh nak percaya sangat..tapi mudah-mudahan gencatan senjata kali ini berlaku dalam jangka masa yang panjang, InsyaAllah). 

Ya Allah, kau dengarlah doaku dan makbulkanlah untuk kebaikan saudara-saudaraku di Gaza.Buat syahid dan syahidah yang telah pergi kita doakan dan sedekahlah Al-fatihah buat mereka...amin ya rabbal alamin.

 Bukti-bukti kekejaman zionis kepada saudara-saudara seIslam kita.
Gambar-gambar yang telah syahid dan syahidah 











Saturday, November 10, 2012

asyik ikut telunjuk orang

sikit - sikit salahkan orang
dengar dari orang tu, orang ni lah
cuba buat rujukan sendiri
banyak membaca dan korek dari sumber-sumber yang sepatutnya
jangan asyik ikut telunjuk atau kata dari orang tu orang ni
kalau orang tu tipu bagitau kat kita dia pergi Jepun 3 hari 3 malam naik flight tempoh perjalanannya
kena percaya juga ke?
lepas tu hebahkan kat semua orang yang perjalanan ke Jepun mengambil masa 3 hari 3 malam dengan kapal terbang?
macam tu ke?
HEI !!!
tak semua orang bodoh
tak semua orang boleh percaya
sebab tu kita kena banyak membaca dan bertanya
bukan merujuk kepada kata-kata si polan bin si polan

fikir-fikirkanlah

Wednesday, November 7, 2012

kenapa perlu hina pekerjaan orang

Assalamualaikum semua.
Alhamdullilah, yeaaahhh bebas dari demam
tapi masih batuk-batuk lagi.
doakan supaya sembuh sepenuhnya yea.
tadi check status nuffnang
guess what?
nuffnang dah tukar balik status dari non-glitterati kepada glitterati
payah gilaaa nak naipnya.
nak taip glitter glitter jela bole?
hahahaha..
jangan nuffnang marah kang.
.
.
.
berbalik kepada tajuk entri aku ni
 ada cerita yang nak dikongsikan bersama
sebenarnya ni pengalaman bapa aku sendiri nampak seorang hamba Allah yang terang menerang menghina makhluk tuhan yang satu ini 
hina sangat ke pekerjaan sebagai pelayan restoran ?
hina sangat ke dia sampai dimalukan di depan orang ramai ?
hina ke ?
itu persoalannya
siapa kau nak menghukum makhluk tuhan yang mencari rezeki itu ?
hanya kerana pangkat " kau " lebih sikit dari dia
dan status kau yang bekerja gah sikit dari hamba yang kau hina itu
walhal perangai sebenar kau lebih hina sehina hinanya
.
.
ada seorang pakcik ni yang aku dan family memang cukup kenal perangai hantu dia
macam-macam cerita aku dengar
gaya memang berlagak
berlagak macam tokey tokey kayu balak yang untung berjuta-juta
sebab pelayan restoran tu pulangkan duit kertas yang tak tao berapa nilainya dalam keadaan koyak
dia sound direct depan orang sekeliling dalam restoran tu
bukan silap pelayan itu pada aku
silap tukang jaga duit yang sesuka hati bagi duit koyak dekat pelanggan dia
kau marahlah cashier tu
buat apa nak marah pelayan yang tugas dia hanya hantar dan kutip balik gelas lepas minum

' kau tu makan gaji seja kerja di sini '

Memang biadap kata-kata orang tua ni
sesiapa yang dengar pun pasti berdesing telinga
janganlah itu macam pakcik
jangan hina sebab dia kerja macam tu
at least dia bekerja cari duit untuk anak-anak dia makan
mungkin untuk sara mak ayah dia
atau mungkin untuk keperluan sendiri dia
bukan macam pakcik yang hanya tahu menghina orang sesuka hati
pakcik kena cermin diri sendiri
jangan asyik makan gaji buta je.

sekian.
 

Friday, June 17, 2011

my Internship

Assalammualaikum. Hai
so longgg didn't wrote any story here.
I was toooo toooo much busy doin' my intern in PDT to ever get the internship certificate.
OMG ! totally sucks !
I hate wut im doin' there
so bored.
.
.
.
Honestly,
 Tak suka kerja with my ass big boss
boss saya seorang jantan gatal
BENCINYA
1st day lapor diri
oke, sukaaa
happy
.
.
.
masuk minggu 2
ah ! bosan
buat kerja yang ntah apa2.
WTF !
.
.
.
Boss masih menggatal
cilaka punya bos
kaw ingat kaw buli kenakan aku
silapla kaw wey.
Ptuiiiihhh, ptuiiih punya boss
.
.
.
Ofismates saya best
Some of them sporting gila2.
lagi sorang dua
pergggh serious !
sory, tak suka kerja sama spesis ini
.
.
Totally
ada benda yang best, baru, menyampah yang saya jumpa
Overall oke sahajala.
dah terlanjur apply kan.
Insyallah,
pengalaman-pengalaman ini banyak mengajar saya untuk masa depan.
yang penting
bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab

meja bekerja saya
* Tepi bilik boss lahanat *

Wednesday, May 25, 2011

pos ofis yang bangang !

kenapaaaaa, apa sda jadi sama pos ofis yang berkurun-kurun di Tenom ni ???
Servis sangat macam haram !!
dengan muka sumone pekerjaaaaaa dia macam sial.
bukan mao jatuhkan reputasi pos ofis di Tenom ni
tapi kalau beginila selalu,
ayoooooooo, kenalah makan makian aku !
sumpah,
sangat bengang + geram + menyampah
kaunter ada 3 ke 4 tia silap.
takkan 1 kaunter pownnnn kawwww xtaru pekerjaaaaa
jahanam !!!
nasib baik aku cuma pegi bayar bil,
kalau macam orang-orang kampung yang mao ambil dwit,
yang duduk jauh...
kaw memang tiada pikiran kalikan !!
kesian tengok macik2 yang ada anak2 kecil Q uppp tunggu giliran.
Adoiiii.
Bagila servisss yang betul
layanan yang baik,
kalau mao dapat nama yang wangi
wahai pekerja pejabat pos !