Saturday, January 5, 2013

Offer from GEMS

Assalamualaikum semua. 

semalam dapat email dari GEMS Secritariat yang telah mengofferkan diri ai untuk join program ni. Actually, hari tue isi form sekadar suka-suka, tetapi memandangkan diri ini masih memegang tittle jobseeker sampai sekarang, rasanya ini peluang terbaik yang ada daripada diri ai hanya membatukan diri di rumah dalam beberapa bulan ini memandangkan rezeki kerja belum ada walaupun berat hati nak pergi pun. Tak sure lagi pun sebenarnya. Ketahuilah wahai junior-juniorku dan kepada semua pemuda-pemudi warganegara Malaysia, betapa sukarnya mendapatkan pekerjaan yang setimpal dengan qualification yang dimiliki. Ramai kawan-aku ai yang dah bekerja dalam bidang yang bukan menjadi pilihan mereka dan langsung lari dari bidang yang dipelajari. Tolong sedar hakikat yang berlaku di Malaysia hari ini yea kawan-kawan. 

GEMS itu apa ?


GEMS adalah satu program khas yang dibuat oleh kerajaan untuk membantu graduan bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kemahiran sebelum diserap di mana-mana GLC atau syarikat swasta yang telah dipilih. Actually the programme will divided into 2 parts :

part 1 - 

2 months on-site Executive Developement Programme (EDP) Training. Kemudahan tempat tinggal dan makan minum akan ditanggung. Elaun Rm500 setiap bulan akan diberi untuk participant yang join.

Part 2 -

Graduan akan ditempatkan di syarikat GLC untuk menjalani latihan dan akan diberikan elaun sebanyak RM 1000 sebulan. Tetapi accomodation and transportation have to arrange by own. If ada rezeki dan menunjukkan prestasi yang cemerlang, InsyaAllah akan terus dapat kerja dalam mana-mana GLC atau syarikat swasta yang terpilih.

Syarat permohonan :
  • Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf. Bagi yang memiliki Master dan PHD tidak layak untuk memohon.
  • Memiliki purata minima CGPA 2.5
  • Berumur 27 tahun kebawah
  • Pemohon mestilah menjalani praktikal di syarikat2 yang telah dipilih oleh pihak urusetia. 
Untuk pengetahuan semua, sekiranya masa training tu kita dapat job atau pun mendapat panggilan interview, tidak ada halangan untuk mana-mana peserta keluar dari program GEMS ni teapi kenala hantar notis pemberitahuan beberapa hari sebelum nak keluar.

Untuk graduan yang berminat nak join program ni, boleh jenguk kat website GEMS


Ini adalah offer email yang aku dapat semalam
#maaf kalau tak berapa nak faham bahasa dan ayat yang tunggang langgang. Badan xsedap, selesema..tapi tetap gigih buat entri ini.Sekian.


No comments: