Wednesday, January 2, 2013

korek telinga punca rezeki

Haaaaaaaaa...geli-gelemankan baca tajuk entri tahun baru aku. Pelik tapi inilah yang berlaku. Jadi walau apapun pekerjaan seseorang itu, please jangan hina.Itu sumber rezeki mereka. Cara diorang cari makan. Korek telinga pun boleh dapat duit apa. Tapi kalau aku, rela korek sendiri dari suruh orang lain korek. Lagi terjaminnnnnnnnnnnn keselamatan dan takdala tebal-tebal muka ukur ketebalan emas kuning kat telinga itu..hahahahahahhahaha.


KEBIASAANNYA, kerja-kerja membersihkan diri seperti mandi, mencuci muka dan mengorek telinga akan dilakukan sendiri oleh empunya badan.
Namun, berbeza di New Delhi, India, apabila segelintir masyarakat di bandar raya itu gemar membiarkan orang lain membersihkan telinga mereka.

Terdapat segelintir masyarakatnya menjadikan amalan itu sebagai satu pekerjaan bagi mencari rezeki.

Muhammad Abbas, 38, merupakan seorang daripada pengorek telinga yang menyediakan perkhidmatan tersebut kepada orang ramai di New Delhi.

Berbekalkan sejumlah jarum pengorek panjang, alat pengepit dan kapas, Abbas memulakan rutin hariannya dengan menunggu pelanggan di tepi jalan di sekitar New Delhi yang ingin telinga mereka dibersihkan.

Menurut Abbas, pekerjaan itu diwarisi turun-temurun oleh keluarganya sejak empayar Moghul.

"Saya mempelajari teknik mengorek telinga daripada bapa saya dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak mencederakan telinga pelanggan," katanya.

Sebelum memulakan kerja-kerja mengorek telinga, Abbas akan membersihkan peralatan yang digunakan untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

Sambil duduk, Abbas meletakkan kapas di hujung jarum dan dengan perlahan memasukkannya ke dalam telinga pelanggan dan hanya akan berhenti mengorek selepas dia berpuas hati dengan kerjanya.

Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, Abbas mengenakan bayaran antara 20 dan 50 rupee (RM1 hingga RM3) bagi setiap pelanggan dan mampu membersihkan telinga sekurang-kurangnya 20 hingga 30 pelanggan sehari.

Jika di United Kingdom (UK), kos membersihkan telinga di hospital berkemungkinan mencecah sehingga 70 pound (RM336).

Bagaimanapun, Abbas mendakwa pekerjaan itu kini tidak lagi dianggap relevan kerana ramai golongan muda lebih gemar menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga.

Katanya, kebanyakan pelanggannya merupakan golongan warga emas yang masih berpegang kepada tradisi itu.

RisikoBiarpun berdepan risiko kecederaan dan kebersihan yang tidak menyeluruh, kebanyakan pelanggan Abbas yakin perkhidmatan membersih telinga secara tradisional itu merupakan yang terbaik.

Seorang pelanggan, Muhammad Aslam Qureshi berkata, dia sudah mengamalkan pembersihan telinga secara tradisional itu selama 17 tahun dan sehingga kini, tiada apa yang berlaku pada telinganya.

"Saya suka membersihkan telinga secara tradisional kerana ia menenangkan dan telinga saya amat bersih berbanding menggunakan putik kapas," ujarnya.

Abbas melahirkan hasrat agar amalan tradisi itu tidak dilupakan, walaupun kini terdapat pelbagai alatan canggih yang boleh digunakan untuk membersih telinga.

Katanya, pekerjaan unik itu mungkin tidak dapat ditemui di mana-mana, selain di India dan perkara itu secara tidak langsung menampilkan identiti tersendiri negara tersebut. - AGENSI

 SUMBER : Utusan Melayu (M) Bhd

#dulo-dulo zaman budak-budak boleh minta mama korekkan sebab ganas sangat, takut luka berdarah telinga tu aku kerjakan mama cakap#

No comments: