bukan gambar sebenar..aku cilok.
Tengah hari tadi bapa aku suruh pegi bayar bil-bil bulan ni..malas gila nak keluar. Aku cakap dah bayar online sajaaaalaaaaa, tapi bapa aku dah siap letak duit atas meja suruh pegi sekarang juga.Mahu tak mahu aku kan anak yang baik dan menurut perintah, sebab aku nak syurga akhirat nanti terpaksalah ambik kunci kereta gerak ke pejabat pos, tempat paling aku tak suka pegi sebab terlalu ramai orang yang menunggu nak ambik, simpan duit. Sampai kaunter aku dah tengok crowded dengan orang..bila nak pegi ambik nombor............tengok2............mesin tu dah siap, elok ja kena tutup dengan kotak susu
" TUTUP"
wahwahwahwah.......baru pukul 1.36 petang abang pejabat pos takkan dah tutup mesin nombor giliran tu.
Aku tak puas hati sebab memang dah sampai elok dengan tudung bawal aku siap iron lagi semata-mata nak pegi bayar bil.kena bayar juga.tak mau buang minyak kereta semata-mata pegi ke pejabat pos dan langsung tak bagi aku pulangan walau sikit habuk pun.tak boleh jadi....
aku jumpa Sam(senior aku kat smt dulu) cakap kat dia aku nak bayar bil(muka tak puas hati)..aku cakap mesin giliran dah tutup guna kotak..hahahahaha..agaknya si sam kesian dengan aku lepas tu selamba badak dia suruh aku tunggu kejap depan kaunter dia..hahahahaha...yaaaa agak kurang ajar kat situ sebab potong Q orang..tapi tahukah anda kaunter pejabat pos telah ditutup semata-mata untuk beri layanan kepada orang-orang yang nak simpan duit ini.Ada 2 atau 3 kaunter yang ada, tapi kenapa harus bagi keutamaan kepada orang-orang yang ini sahaja, sedangkan setiap depan kaunter dah tulis utk urusan bayaran bil, pelbagai, ASB..bla..bla..blaa....arghh!! udah tak kisah dengan semua tu yang penting bil aku kena bayar juga hari ni.Titik....
Bukan nak kondemmm pejabat pos daerah aku ni, cuma nakkan servis tu biarlah bagi kepuasan pada customer..Untuk pengetahuan anda-anda semua ASB memang ada di sini sahaja. Mau tak mau memang sesakla pejabat pos ni hari-hari....kesian kat kerani-kerani pos..sudahlah hari-hari pekerja yang sama. Rehat kejap ja lepas tu kena layan customer-customer yang datang tak putus-putus.
Aku tak kisah kalau kena jeling dengan orang-orang yang dah ada nombor.Sebab kalau tak macam tu alamatnya bil aku takkan bebayarlah, lepas tu buat 2 kali kerja pulak buat on9 banking. Dah elok-elok sampai sana kena bayar jugalah...tengok keras kepalakan aku. Cadangan aku sebagai pengguna pejabat pos setia kenalah menaikkan mutu perkhidmatan mereka supaya tak banyak rungutan dari pungguna yang rata-rata tiap kali pegi pejabat pos aku nampak mereka geleng-geleng kepala..hidup pos malaysia !
No comments:
Post a Comment