Thursday, January 3, 2013

Extra Income from Ensurvey

selamat malam.selamat berhari khamis. selamat malam jumaat.


Sudah separuh hari aku mengadap laptop, tapi bukan mengadap sekadar buang masa. Aku mengadap dengan penuh pengisian ya.harap maklum. Jangan tahu nak mengata tuduh aku bukan-bukan duk mengatal kat pesbuk 24jam! itu silap. Tadi tengah godek-godek blog http://denaihati.com tertarik pulak dengan entri cara nak cari extra income melalui survey sahaja. Jom selidik ini benda apa.

Ini dia sijali..jali...tasssssssssssss..memperkenalkan Ensurvey.com yang sedia berkhidmat.
Ini merupakan kaedah menjana pendapatan secara mudah, senang dan hanya perlu bermodalkan jari telunjuk anda sahaja. Pantas dan teramatlah senang TETAPI memerlukan kesabaran ya Tuan-tuan dan Puan-puan. Jangan tahu bersikap gelojoh sahaja. Tak elok. Sila belajar bersabar. sekian.

Ensurvey.com merupakan sebuah komuniti soalselidik internet yang berbayar di samping memberi pengetahuan kepada kita semua tentang kajian yang telah dilakukan oleh pihak-pihak yang mengutarakan soal selidik mereka di sini. Jangan risau, setiap kaji selidik yang dilakukan anda pastinya ada pulangan dan amat berbaloi sekiranya dijawab oleh kita.

Tunggu apa lagi...silalah daftarkan diri anda di Ensurvey.com. Cashout boleh dilakukan apabila pendapatan minima yang diterima mencapai RM100 dan caj sebanyak RM2 akan dikenakan bagi pengendalian cashout yang dikeluarkan. Mudah bukan

SELAMAT MENCUBA DAN SAMBIL MENJANA KEWANGAN SAMPINGAN BERSAMA-SAMA. 


Wednesday, January 2, 2013

potong Q.

                                                                                         bukan gambar sebenar..aku cilok.

Tengah hari tadi bapa aku suruh pegi bayar bil-bil bulan ni..malas gila nak keluar. Aku cakap dah bayar online sajaaaalaaaaa, tapi bapa aku dah siap letak duit atas meja suruh pegi sekarang juga.Mahu tak mahu aku kan anak yang baik dan menurut perintah, sebab aku nak syurga akhirat nanti terpaksalah ambik kunci kereta gerak ke pejabat pos, tempat paling aku tak suka pegi sebab terlalu ramai orang yang menunggu nak ambik, simpan duit. Sampai kaunter aku dah tengok crowded dengan orang..bila nak pegi ambik nombor............tengok2............mesin tu dah siap, elok ja kena tutup dengan kotak susu 
 " TUTUP"
wahwahwahwah.......baru pukul 1.36 petang abang pejabat pos takkan dah tutup mesin nombor giliran tu.

Aku tak puas hati sebab memang dah sampai elok dengan tudung bawal aku siap iron lagi semata-mata nak pegi bayar bil.kena bayar juga.tak mau buang minyak kereta semata-mata pegi ke pejabat pos dan langsung tak bagi aku pulangan walau sikit habuk pun.tak boleh jadi....

aku jumpa Sam(senior aku kat smt dulu) cakap kat dia aku nak bayar bil(muka tak puas hati)..aku cakap mesin giliran dah tutup guna kotak..hahahahaha..agaknya si sam kesian dengan aku lepas tu selamba badak dia suruh aku tunggu kejap depan kaunter dia..hahahahaha...yaaaa agak kurang ajar kat situ sebab potong Q orang..tapi tahukah anda kaunter pejabat pos telah ditutup semata-mata untuk beri layanan kepada orang-orang yang nak simpan duit ini.Ada 2 atau 3 kaunter yang ada, tapi kenapa harus bagi keutamaan  kepada orang-orang yang ini sahaja, sedangkan setiap depan kaunter dah tulis utk urusan bayaran bil, pelbagai, ASB..bla..bla..blaa....arghh!! udah tak kisah dengan semua tu yang penting bil aku kena bayar juga hari ni.Titik....

Bukan nak kondemmm pejabat pos daerah aku ni, cuma nakkan servis tu biarlah bagi kepuasan pada customer..Untuk pengetahuan anda-anda semua ASB memang ada di sini sahaja. Mau tak mau memang sesakla pejabat pos ni hari-hari....kesian kat kerani-kerani pos..sudahlah hari-hari pekerja yang sama. Rehat kejap ja lepas tu kena layan customer-customer yang datang tak putus-putus.

Aku tak kisah kalau kena jeling dengan orang-orang yang dah ada nombor.Sebab kalau tak macam tu alamatnya bil aku takkan bebayarlah, lepas tu buat 2 kali kerja pulak buat on9 banking. Dah elok-elok sampai sana kena bayar jugalah...tengok keras kepalakan aku. Cadangan aku sebagai pengguna pejabat pos setia kenalah menaikkan mutu perkhidmatan mereka supaya tak banyak rungutan dari pungguna yang rata-rata tiap kali pegi pejabat pos aku nampak mereka geleng-geleng kepala..hidup pos malaysia !


korek telinga punca rezeki

Haaaaaaaaa...geli-gelemankan baca tajuk entri tahun baru aku. Pelik tapi inilah yang berlaku. Jadi walau apapun pekerjaan seseorang itu, please jangan hina.Itu sumber rezeki mereka. Cara diorang cari makan. Korek telinga pun boleh dapat duit apa. Tapi kalau aku, rela korek sendiri dari suruh orang lain korek. Lagi terjaminnnnnnnnnnnn keselamatan dan takdala tebal-tebal muka ukur ketebalan emas kuning kat telinga itu..hahahahahahhahaha.


KEBIASAANNYA, kerja-kerja membersihkan diri seperti mandi, mencuci muka dan mengorek telinga akan dilakukan sendiri oleh empunya badan.
Namun, berbeza di New Delhi, India, apabila segelintir masyarakat di bandar raya itu gemar membiarkan orang lain membersihkan telinga mereka.

Terdapat segelintir masyarakatnya menjadikan amalan itu sebagai satu pekerjaan bagi mencari rezeki.

Muhammad Abbas, 38, merupakan seorang daripada pengorek telinga yang menyediakan perkhidmatan tersebut kepada orang ramai di New Delhi.

Berbekalkan sejumlah jarum pengorek panjang, alat pengepit dan kapas, Abbas memulakan rutin hariannya dengan menunggu pelanggan di tepi jalan di sekitar New Delhi yang ingin telinga mereka dibersihkan.

Menurut Abbas, pekerjaan itu diwarisi turun-temurun oleh keluarganya sejak empayar Moghul.

"Saya mempelajari teknik mengorek telinga daripada bapa saya dan ia perlu dilakukan dengan berhati-hati agar tidak mencederakan telinga pelanggan," katanya.

Sebelum memulakan kerja-kerja mengorek telinga, Abbas akan membersihkan peralatan yang digunakan untuk mengelak sebarang jangkitan kuman.

Sambil duduk, Abbas meletakkan kapas di hujung jarum dan dengan perlahan memasukkannya ke dalam telinga pelanggan dan hanya akan berhenti mengorek selepas dia berpuas hati dengan kerjanya.

Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, Abbas mengenakan bayaran antara 20 dan 50 rupee (RM1 hingga RM3) bagi setiap pelanggan dan mampu membersihkan telinga sekurang-kurangnya 20 hingga 30 pelanggan sehari.

Jika di United Kingdom (UK), kos membersihkan telinga di hospital berkemungkinan mencecah sehingga 70 pound (RM336).

Bagaimanapun, Abbas mendakwa pekerjaan itu kini tidak lagi dianggap relevan kerana ramai golongan muda lebih gemar menggunakan putik kapas untuk membersihkan telinga.

Katanya, kebanyakan pelanggannya merupakan golongan warga emas yang masih berpegang kepada tradisi itu.

RisikoBiarpun berdepan risiko kecederaan dan kebersihan yang tidak menyeluruh, kebanyakan pelanggan Abbas yakin perkhidmatan membersih telinga secara tradisional itu merupakan yang terbaik.

Seorang pelanggan, Muhammad Aslam Qureshi berkata, dia sudah mengamalkan pembersihan telinga secara tradisional itu selama 17 tahun dan sehingga kini, tiada apa yang berlaku pada telinganya.

"Saya suka membersihkan telinga secara tradisional kerana ia menenangkan dan telinga saya amat bersih berbanding menggunakan putik kapas," ujarnya.

Abbas melahirkan hasrat agar amalan tradisi itu tidak dilupakan, walaupun kini terdapat pelbagai alatan canggih yang boleh digunakan untuk membersih telinga.

Katanya, pekerjaan unik itu mungkin tidak dapat ditemui di mana-mana, selain di India dan perkara itu secara tidak langsung menampilkan identiti tersendiri negara tersebut. - AGENSI

 SUMBER : Utusan Melayu (M) Bhd

#dulo-dulo zaman budak-budak boleh minta mama korekkan sebab ganas sangat, takut luka berdarah telinga tu aku kerjakan mama cakap#

Tuesday, January 1, 2013

no tittle

                                                             

2013 please be nice to me

 Hari ni dah masuk
1 JANUARI 2013
pejam celik pejam celik
dah masuk tahun baru
bermakna umur aku bertambah lagi seangka
ah benci !
kalau boleh saja nak maintain 17
hahaha
* verangan *

Tak salah pun nak pasang mimpi
sebab mimpi tu lah yang buat kita bekobar-kobar nak capai apa yang kita nak ! yang kita mahu
azam baru ?
.
.
.
banyak lagi azam-azam tahun lepas yang tak tertunai
InsyaAllah tahun ni akan cuba, akan guna seluruh kudrat yang ada
doakan semua :)

Thursday, December 27, 2012

kisah pokok petai kami

petang tadi agenda mengambil petai oleh kroni-kroni paky berjaya jugak. siapa paky? paky tu adik bongsu aku yang sangat perasan john cena sebab suka buat aku sebagai ujikaji kekebalan tangan dia ? dia suka cubit dan pukul-pukul manja kat aku sebab aku selalu pegang perut dia yang macam


      hehehehehe

alkisahnyaaa, halaman rumah aku ni  ada pokok petai yang ranum bila dah berbuah.elok ja sejak kami start tinggal rumah ni. Auntie jual kelapa (bekas jiran)  cakap kat mama, dulu sebelum kitaorang belum pindah kat rumah sekarang ni, pokok tu dah nak hampir mati, memang dah tak berbuah. Lepas kitaorang pindah sini, parents aku memang suka bagi asap-asap kat halaman rumah sebab nak menghalau nyamuk kata mereka. selalunya mama akan bakar rumput kering kat bawah pokok petai tu. Tak lama kemudian elok ja dia berbuah. Banyak pulak tu. Bila aku tanya, mama cakap kalau pokok yang nak mati kena selalu bagi asap-asap supaya tak jadi mati..hehehe.itu petua mama aku yang aku kira sangat logik sebab jadi depan mata.

Semalam bapa aku dah pesan kat paky supaya ambik bambu kat belakang rumah apis sebab memang banyak kat area situ. Sekali nak diadikan cerita paky bawa pulang bambu yang tak berapa nak kuat..agak uzur walaupun kepanjangan bambu itu sememangnya menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Bila dah start nak jolok, prakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

eh bunyi apa tu??
sapaaa kentut??
tak senonohlaaaaaah...
.
.
.
.
.
.
HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

bambu yang budak-budak ni ambik dah patah 3.hahaha.lawak pun ada, beria betullah budak2 tingkatan satu ni pegi cari bawa balik rumah aku, sekali nak pegi ambik, prakkk patah.macamanaaaaa?
 nasib baik ada kawan paky yang memang kaki panjat pokok.budak-budak ni cakap dah memang hobi dia panjat pokok..grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! adik, pokok petai tu tinggi, kalau jatuhhhhh mataiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.aku dan mama tak mau ambik risiko. kalau anak imam ni jatuh macamana ? kan kena menjawab kat bapa dia.hehehe

Tapi budak ni yakinkan kat mama dia boleh panjat pokok petai tu dengan kacangnya. dia siap cakap pokok petai tu tak tinggi mana..mama pun ok, benarkan..
tak sampai 10 kaki pun budak ni dah dapat petik(erm petik?okelah agak sesuai), maaf bm aku spm dapat A2 sajaaaa..punyalah banyak.mama suruh dia stop sebab takut budak ni jatuh.nayaaa kalau dia jatuh.lagi pun dah banyak sangat petai dia petik.huahuahua.kenyang petailaaa kami semua bulan ni..oh! kegemaran tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
 .
.
.
.
.
.
.
mama bagi budak-budak ni petai suruh bawa pulang.tapi sorang-sorang taknak.
baiknya budak-budak ni bagi akak melahap sorang-sorang.bagi akak yang comel ini pegang tittlee ratu petai untuk seminguuuuu..haaaa?motippppppppp

YA AKU MEMANG HANTU PETAI YANG TEGAR

acara kopek-mengopek petai2 itu mama dan aku buat.dapat jugakla seraga.huh! confirm bau petai toilet kami seminggu ni..hahaha.tapi tak kisahh.yang penting makan petai bagus untuk kesihatan, untuk cuci buah pinggang kau yang penuh dengan toksik ituuuuuu..pleasseeee nyah kau toksik !


tuuuuuudia bukti aku nak tunjuk.duduk elok diam2 saja petai-petai ni.
esok aku masak sambal petai udang.oh nyummmm2.

# sapa nak makan petai sila datang rumah aku dan petik sendiri.memang terbaik dari ladang :)


Wednesday, December 26, 2012

zaman kuliah dan kawan-kawan.

Assalammualaikum semua.
lagi nak tulis entri sebab kelapangan masa yang ada
memang sah-sah penggangur seperti aku takda benda/kerja pun nak buat
Rezeki kerja belum ada.
kenalah banyakkan bersabar.

Lazimnya, waktu petang-petang macam ni aku akan attend kuliah, kalau takda kuliah dah memang hobi aku untuk melenakan diri di bilik hostel yang nyaman dan damai itu. Ah ! rindunya masa belajar.adik-adik yang nak masuk universiti kena tanam azam tau dari sekarang, sumpah akak tak tipu betapa nikmatnya belajar sebagai seorang pelajar universiti.Bukan untuk bermegah atau meninggi diri tetapi itulah realitinya. Betul cakap cikgu aku kat sekolah dulu. Aku ingat lagi cikgu Bi aku pernah cakap zaman universitilah zaman yang paling enjoy sekali.tak perlu fikir pasal duit, pasal kerja..hanya belajar elok-elok dan dapatkan result terbaik untuk bekalan cari keja nanti. yeah ! this is a reality. Satu nikmat bila kita dapat berkongsi ilmu dengan pensyarah, dengan rakan-rakan dengan tutor yang semuanya baik-baik belaka. Perkongsiaan ilmu itulah yang banyak membantu dalam mematangkan diri kita sebenarnya.

Rasa rindu bila teringatkan kuliah, walaupun tak berapa nak fokus sebab pening-pening lalat apa yang lecturer ajar kat depan.kadang-kadang lecturer aku melalut ke hal-hal lain.Erm maksud aku beralih ke cerita peribadi, cerita dalam kain..hahahaa ! itu realiti dan cerita dalam kain itu juga merupakan satu pembelajaran dan perkongsian ilmu yang sangat berguna. Bukan hanya tau nak gelak dan otak kuning.

rindu nak buat discussion dengan kawan-kawan macam manan, dona, abas, amir, wan, puad, kucing, dan semuala. sebab mereka semua ni ada cerita masing-masing.watak yang pelbagai.ahaaaaiiii. macam manan, aku suka buat group discussion dengan dia sebab dia advance boleh kongsi apa juga cerita, masalah dan jenis tutup mulut tak suka aib orang sana sini. aku bangga ada kawan macam manan yang pada aku dia terlalu baik. 

 ini kawan-kawan kuliah yang selalu sama-masa.
major kami sama.sains politik. 
 
masa kelas dr zam..last class i remembered !
 masa pimpin siswa.kira kenalan awal masa kat usm
siti, shya, aku kak ila.kak ila dah kawin.yang siti hujung sana tu bakal berkahwin.
aku dan shya masih bujang tapi sudah berpunya.sekian. 
 ni pun kawan-kawan sains politik.
yg kiri itu mira, sha panggil dia kucing pun boleh, ika, aku dan dona. 
masa kat UM untuk gerakusahawan IPT. selendang pink tu ex rumet aku status ragu2. yang kecik molek tu pida namanya.


ni rumet aku.2 tahun duduk sama-sama. aku selalu marah dia.tapi dia selalu tabah tinggal dengan singa ini.

 cik ida mulut dia akan bebel 24jam non-stop.tapi aku suka dengan dia sebab dia gelak besar macam aku..haip ! tak senonoh betul.
 
dedon dan siti.Ai tengah-tengah
ni bff aku kat usm.semua perangai aku dia tahu.kalau dia dating pun masih dibenarkan bawa aku.hahaha. bakal laki dia pun mereng macam dia, sama gila macam kami dua.sekian.

 banyak lagi gambar yang rasa-rasa nak upload semua sebab dah telampau rindu.tapi malas.sekian!